Sembahyang





Sembahyang

pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid 

untuk menunaikan sembahyang jumaat. mat Amat memberikan 
seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan 
Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan 
ke masjid itu 10 km jauhnya. Amat pon membayar tambang bas 
50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu 
pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.
Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. 
sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf 
kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. 
setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat 
Zohor berjemaah itu. Amat pon menunaikan sembahyang 
berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...
tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah 
telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan 
kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang 
dihadapannya... Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang 
balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen 
aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu 
orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana 
Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata...
" eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. 
selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara 
" yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..
sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. 

MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan 

hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa