Teh O Panas



Teh O Panas


Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang…
Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja… dia cuba bertanya harga segelas 
teh panas dan teh sejuk… lalu pelayan restoran menjawab.. "Teh Panas 70 Sen & 
Teh Sejuk RM 1.20 sen

Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh 
panas mendidih itu lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu 
sampai habis dengan lajunya…. Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan.. 
kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam sekelip mata sahaja… Lalu 
lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata "Kalau lambat diminum… air ini jadi 
sejuk… kalau sejuk tak pasal2 saya kena bayar RM 1.20.. lebih baik cepat-cepat 
diminum kerana wang aku hanya ada 70 sen saja"